Pengikut Setia ..

ENTRANCE

Pembukaan Ramadhan 1434H

Salam Ramadhan al-Mubarak!
Hari nih, malam pertama 1Ramadhan 1434H bersamaan 9Julai 2013M.. 

Alhamdulillah, masa taip ni dah selesai menunaikan ibadah sunat Terawih, harap dpt keberkatan daripada-Nya..Ameen! d bulan yang mulia ini, ak mohon keampunan dan kemaafan segala silap dan salah sepanjang perkenalan kita, Ampun!

sambil itu juga, dgn berbesar hati ak mohon kalian ntuk bersama sama mendoakan agar kita sebagai umat Islam d beri Rahmat dan Hidayah daripada Allah agar dpt menjalani bulan ini dgn tenang dan bebas daripada sebarang perkara buruk berlaku, Ameen!

perkara penting ak nak cuba belajar d bulan mulia ini adalah sikap bersabar dan panas baran aku, in shaa Allah ak dpt belajar mengatasi masalah ini, setiap masa aku cuba mengatasi bila berlaku, tetapi gagal!

perkara seterusnya adalah, cuba ntuk tingkatkan melakukan perkara sunat, in shaa Allah tuh target terbaik cuba aku lakukan! doa2 kan aku ya! Ameen! sbb perkara ini nak sgt lakukan lebih2 lg time 1/3 malam, tp selalu kecundang! 

dan terakhir, perkara nak lakukan adalah cuba control makan semasa hendak bersahur mahupun berbuka, setiap kali tiba Ramadhan, time makan mest aku kecundang dgn makan makanan yg sgt byk sehingga menyusahkan diri.. akan aku cuba ntuk mengawal seterusnya dpt mengurangkan berat badan, in shaa Allah! 

sekian itu sahaja ntuk pembukaan bulan Ramadhan. Salam Ramadhan al-Mubarak semua!